Sholawat yang diajarkan Jibril a.s.


“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad, hambaMu dan pesuruhMu, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad, isteri-isterinya ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman, dan keturunannya, dan anggota-anggota rumahnya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan solawat ke atas Ibrahim dan ke ataskeluarga Ibrahim, pada sekalian alam. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji, Maha Mulia.
Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah mencucuri rahmat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Ya Allah! Cucurilah belas kasih sayang ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah mencucuri belas kasih sayang ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Wahai Allah! Limpahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhamad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan kesejahteraan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani di dalam Kasyf Al-Ghummah,bahawa telah bersabda Baginda Muhammad shallallahu alaihi wasallam, “Jika engkau sekalian bersolawat ke atasku, engkau sekalian bacalah.”, dan Baginda J telah menyebutkan solawat ini.
Dan beliau (Al-Imam Sya’rani ) telah berkata lagi sesudah itu bahawa telah bersabda Baginda , “Begitulah yang telah disampaikan pada tanganku oleh Jibril, dan dia (Jibril) telah berkata, “Begitulah yang telah disampaikan pada tanganku oleh Mikail, dan dia (Mikail) telah berkata, “Begitulah yang telah disampaikan pada tanganku oleh Tuhan Yang Memiliki Ketinggian, Yang Maha Agung dengannya (solawat di atas), aku akan menjadi saksi baginya pada Hari Kiamat dengan penyaksian, dan aku akan memberi syafa’at kepadanya.”
Dan di dalam Asy-Syifa’, telah disebutkan sanadnya yang disampai kepada ‘Ali (Zainal ‘Abidin) ibn Husain daripada bapanya Al-Husain daripada bapanya ‘Ali ibn Abi Tolib

0 Response to "Sholawat yang diajarkan Jibril a.s."

Post a Comment